Minggu, 06 Februari 2011

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…


Diterbitkan dalam: Akhlak Amal Hati ibadat Keikhlasan Kejayaan Keperibadian on Januari 18, 2011 at 11:25 pm Komentar (2)
Tags: Agama, Akhlak, Allah, Amal, iman, Islam, kata mutiara, kata-kata mutiara, mutiara kata, Nabi Muhammad, Nasihat, pedoman, Pedoman & Keinsafan, perenungan, peribadi., permata kata, personal, religius, renungan, saidina ali, spiritual, tazkirah, umum